Rabu, 15 Oktober 2014

Putra Jaya Malaysia Tempat Wisata Paling Menarik [Disertai Gambar]

Malaysia merupakan negara tetangga kita yang paling banyak kesamaan dengan negara kita tercinta Indonesia. Malaysia juga merupakan salah satu negara yang menjadi tujuan wisatawan luar negeri. Banyak sekali objek wisata di negeri jiran tersebut. banyak juga warga negara Indonesia yang bertandang ke negara tetangga tersebut mulai dari tujuan berwisata hingga belanja. 

Malaysia mula mencari bandar baru sejak dekad yang lalu.  Selepas membuat tinjauan di merata-rata kawasan terutama sekali di Pahang , Dato’ Sri Dr Mahathir memilih selatan Prang Besar sebuah daerah dibawah Kerajaan Negeri Selangor dan melancarkannya pada tahun 1995. Perkataan " Putra" dipilih sempena nama Perdana Menteri Malaysia yang pertama, YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Nama ini telah ditambah dengan perkataan “jaya” yang bermaksud “kecemerlangan”. Putrajaya dirancang dan didirikan untuk rakyat Malaysia oleh rakyat  Malaysia sendiri. Bandar ini merupakan satu daripada 2 bandar “intelek” dibawah projek Koridor  Raya Multimedia (MSC), satu projek zon teknologi seluas 15 x 50 km.

Putrajaya adalah pusat administrasi Malaysia yang baru menggantikan posisi Kuala Lumpur. Didirikan pada 19 Oktober 1995, namanya diambil dari nama Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Tunku Abdul Rahman Putra dan juga menjadi wilayah persekutuan Malaysia yang ketiga (2 wilayah lainnya adalah Kuala Lumpur dan Labuan).

Wilayah Putrajaya sekarang ini diambil dari Selangor sebesar 46 km² setelah dilakukan transaksi dengan pemerintah. Selain itu, transaksi ini juga membuat Selangor memiliki 2 buah wilayah persekutuan dalam batas-batasnya yaitu Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Kota ini terhubung dengan Bandara Internasional Kuala Lumpur (KLIA) serta Kuala Lumpur dengan KLIA Transit. Letaknya ini juga berada dalam Multimedia Super Corridor, begitu juga dengan Cyberjaya yang terletak di barat Putrajaya.

Apa Yang Menarik Di Putra Jaya?

Bangunan-bangunan yang mempunyai struktur megah seperti Istana Kehakiman dan departemen Penerbangan Sipil, Masjid Putra, Kantor Perdana Menteri dan The Putra Square. Seluruh bangunan itu berdampingan dengan istana tempat tinggal sang Sultan. Selain itu ada jembatan Putrajaya yang menjadi kebanggaan warga. Ia berdiri dengan megah dan kokoh diatas sungai yang dijadikan sebagai sebuah simbol ke-modern-an. Peranan jembatan ini adalah untuk menghubungan dua wilayah yang dipisahkan oleh sebuah danau yang sangat luas. Tempat ini sering digunakan untuk berekreasi oleh para wisatawan.

Beberapa objek pariwisata di Putrajaya antara lain:

Masjid Putra
Masjid Putra berkubah merah jambu dibina dengan granit berwarna ros dan boleh memuatkan 15,000 jemaah pada satu-satu masa. Dinding bawah tanah masjid ini menyerupai Masjid Raja Hassan di Casablanca, Maghribi.
Mesjid Putra, Putra Jaya Malaysia
Masjid ini terdiri daripada tiga kawasan fungsi utama - dewan solat, Sahn, atau halaman, dan pelbagai kemudahan pembelajaran dan bilik untuk mengadakan acara. Dewan solat bergaya ringkas dan elegan, disokong oleh 12 tiang. Titik tertinggi di bawah kubah ialah 250 kaki di atas aras tanah atau dataran.

Sahn, landskap dengan beberapa hiasan unsur air dan disempadani oleh deretan tiang, memberikan ruang solat yang luas dan menyamankan serta indah.

Menaranya yang mengagumkan dipengaruhi oleh seni bina Masjid Sheikh Omar di Baghdad. Pada ketinggian 116m, ia merupakan menara tertinggi di rantau ini dan memiliki lima tingkat, mewakili Lima Rukun Islam.


Perdana Putra
Putra Perdana merupakan Kompleks Jabatan Perdana Menteri yang menempatkan beberapa bangunan dan agensi kerajaan.
Perdana Putra Komplek Jabatan Perdana Menteri Malaysi

Ia terletak di atas bukit utama di Putrajaya, dan telah dibina pada tahun 1997. Bangunan di dalam kompleks ini dipengaruhi oleh seni bina Melayu, Islam dan Eropah, yang menghasilkan rupa yang unik.

Bangunan ini juga telah menjadi ikon bagi Putrajaya, dengan kubah berwarna hijau dan bangunan berwarna seakan tanah liat.

Jembatan Putra
Dianggap sebagai jambatan paling penting di Putrajaya, jambatan konkrit sepanjang 435 meter ini menghubungkan Presint Kerajaan ke Presint Pembangunan Campuran, dengan bahagian atas jambatan membentuk sebahagian daripada Lebuh Hias, jalan utama di sini. 
Jembatan Putra , Putra Jaya Malaysia

Jembatan tiga tingkat ini diinspirasikan oleh seni bina Islam iaitu Jambatan Khaju yang terkenal di Isfahan, Iran. Daya tarikannya yang menakjubkan ialah empat tiang jenis menara, lengkap dengan menara pemerhati, pemandangan menghadap Tasik Putrajaya. 

Jambatan unik ini membentuk laluan untuk pejalan kaki dan kenderaan, sementara tiangnya akan dibangunkan menjadi tempat makan yang cantik dengan tempat untuk bot dan merapat untuk berlabuh.

Istana Kehakiman
Istana Kehakiman atau Palace of Justice merupakan sebuah bangunan yang tersergam indah, dan menempatkan jabatan perundangan dan mahkamah.
Palace Of Justice Malaysia

Kompleks ini terdiri daripada bangunan lima tingkat untuk badan kehakiman dan bangunan dua tingkat untuk menempatkan mahkamah dan pejabat.

Oleh kerana kawasan ini mempunyai laman yang besar, ia sering digunakan sebagai tempat bagi acara peringkat nasional seperti Festival Citra Warna Malaysia dan banyak lagi.

Sebuah tempat yang hebat untuk fotografi di luar, dengan menara kubah yang mengagumkan sebagai titik fokus penggambaran.


Taman Warisan
Terletak di Presint 16, Putrajaya. Ia menekankan kepada latar belakang pertanian Malaysia dengan nilai komersial.
Heritage Park Putra Jaya

Pelawat boleh merasa buah-buahan segar dan memerhatikan aktiviti seperti menoreh getah, mengumpul getah, penjagaan tanaman, pemeliharaan buah-buahan dan banyak lagi.

Antara tarikan di sini termasuk kompleks pelawat, dusun, laluan herba dan rempah, petak getah klon dan dek untuk melihat-lihat.

Taman ini juga menawarkan banyak produk pertanian untuk jualan, sementara aktiviti dan program berasaskan pertanian diatur untuk pelawat bagi sepanjang tahun.


Taman Wetland

Wetland Putrajaya juga merupakan taman wetland buatan manusia pertama di Malaysia. Taman Wetland terdiri daripada Taman Wetland (138 hektar) dan kawasan sekitar wetland (1977 hektar).

Wetland mempunyai menara pemerhati setinggi 18 meter, nurseri tanaman, denai semula jadi, kolam flamingo, kawasan berkelah serta tarikan menarik yang lain.

Pelawat juga boleh mendapatkan maklumat di pusat pemuliharaan wetland dan kepentingannya kepada ekosistem di Putrajaya

Masih banyak lagi tempat-tempat favorit yang lain di Putra Jaya Malaysia, namun sekian dulu yang dapat cibuka.com rangkum, sumber tulisan ini ada dari www.tourism.gov.my, Wikipedia Malaysia, Caksandi.com. kesemua gambar adalah milik situs Tourism Malaysia

0 Komentar Putra Jaya Malaysia Tempat Wisata Paling Menarik [Disertai Gambar]

Posting Komentar

Back To Top